fbpx

ADUN UMNO lepas jawatan dalam Kesedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Bakri menyampaikan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kesedar pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Tanah Merah Mohd. Bakri Mustapa daripada UMNO menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Mohd. Bakri berkata, beliau telah menghubungi Pengerusi Kesedar, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz bagi memaklumkan perletakan jawatan itu.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti tidak berbelah bahagi kepada parti selepas pucuk pimpinan tertinggi UMNO memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada suluruh warga Kesedar yang telah memberikan kerjasama sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

“Saya sudah bersama Kesedar sejak dua tahun lalu dan diberikan kepercayaan pada tahun berikutnya untuk kembali berada dalam barisan kepimpinan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI