fbpx

Rosni Sohar letak jawatan dalam PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosni

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.

Katanya, peletakan jawatan itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

“Saya sebagai ahli MKT UMNO setia dan patuh atas ketetapan yang dibuat parti.

“UMNO parti yang memperjuang dan mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam asas serta tujuan UMNO mengikut Fasal 3,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO turut mengucapkan penghargaan kepada Noraini kerana memberi peluang kepada beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI