fbpx

5 kluster ada penularan kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak lima kluster berulang kali kedua dilaporkan hari ini membabitkan tiga kluster tempat kerja, satu kluster pusat tahanan dan satu kumpulan berisiko tinggi dengan sebanyak 121 kes positif Covid-19 direkodkan setakat ini.

Kluster terbabit ialah Kluster Perindustrian Sri Plentong 2 di Johor dengan 20 kes positif, Kluster Bukit Palah 2 di Melaka (27), Kluster Tembok Bendera 2 di Perak (17), Kluster Tapak Bina Presint Tujuh 2 di Putrajaya (16) dan Kluster Industri Jalan Aman di Selangor (41).

Laporan rumusan kluster yang dilampirkan bersama kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan berkata, Kluster Perindustrian Sri Plentong 2 melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor Bahru selepas kes indeks didapati positif hasil saringan individu bergejala.

Menurut rumusan itu, hasil saringan prapembedahan pula mengesan Kluster Bukit Palah 2 yang melibatkan kakitangan dan pesakit-pesakit sebuah pusat perubatan di Kampung Bukit Palah, Alor Gajah selepas kes indeks didapati positif pada 4 Ogos lalu.

“Kluster Tembok Bendera 2 pula melibatkan kakitangan dan tahanan-tahanan di sebuah pusat tahanan yang terletak di Kampung Bendera, Batu Gajah, Kinta.

“Kluster Tapak Bina Presint Tujuh 2 melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan P9, Presint 7. Kes indeks bagi kedua-dua kluster ini dikesan hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Katanya, Kluster Industri Jalan Aman pula dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Rawang-Batang Berjuntai, Serendah, Kuala Selangor.

“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti asrama pekerja di Jalan Aman Suria, Taman Aman Suria, Bestari Jaya,” ujarnya.

Sementara itu, kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah semasa sambutan perayaan terus dikesan di Kelantan dengan kali ini membabitkan penularan wabak di Bachok, Kota Bharu dan Machang yang tercetus melalui Kluster Kampung Tok Jawa Tawang.

“Kes indeks kluster ini merupakan wanita berumur 47 tahun yang dilaporkan positif pada 29 Julai hasil saringan bergejala selepas mangsa bergejala pada 26 Julai lalu,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI