fbpx

Lelaki tertelan berus gigi akibat mengantuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berus gigi sepanjang 15 sentimeter ini terpaksa dikeluarkan daripada perut mangsa. -Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan gastroskopi yang rumit selepas tertelan sebatang berus gigi sepanjang 15 sentimeter, lapor laman Oddity Central semalam.

Lelaki berasal dari Taizhou, wilayah Jiangsu itu memberitahu doktor dia bangun pagi untuk menjalani rutin hariannya termasuk memberus gigi sebelum bersarapan namun berasa lebih ngantuk daripada biasa.

Ketika memberus gigi yang terletak di bahagian belakang mulutnya, berus gigi tersebut telah terlepas daripada pegangannya dan meluncur masuk ke dalam tekak lelaki itu.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya ini tertelan berus gigi kerana terlalu mengantuk ketika melakukan rutin hariannya itu. – Oddity Central

Dia cuba untuk menarik berus gigi itu keluar namun pemegang plastik pada bahagian berus gigi itu sangat licin hingga menyebabkan lelaki tersebut menolaknya jauh ke dalam.

Sebaik sahaja tersedar dia telah tertelan berus gigi dan mula berasa tidak selesa, lelaki terbabit bergegas ke sebuah hospital tempatan di mana doktor membuat imbasan X-ray dan mencadangkan dia menjalani pembedahan gastroskopi kecemasan.

Ketua Jabatan Gastroenterologi di Hospital Taizhou Fourth People, Wang Jianrong berkata mangsa mengambil tindakan tepat dengan datang ke hospital kerana ‘rawatan tradisional’ seperti menelan nasi atau cuka boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serisu seperti kerosakan pada oesofagus. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI