fbpx

De Grasse rangkul emas 200m lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GRASSE meraih pingat emas selepas muncul juara dalam acara 200m lelaki sebentar tadi. - AFP

JAGUH pecut Kanada, Andre de Grasse memastikan pingat emas 200 meter (m) lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi miliknya selepas memenangi aksi final di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Menerusi catatan 19.62 saat (s), De Grasse bukan sahaja merangkul pingat emas, malah dia turut memperbaharui catatan terbaik peribadi serta rekod kebangsaan Kanada.

Lebih manis, ia juga merupakan pingat emas pertama buat pelari berusia 27 tahun itu selepas memenangi satu perak dan dua gangsa pada Olimpik Rio 2016 serta gangsa dalam acara 100m Ahad lalu.

Atlet Amerika Syarikat, Kenneth Bednarek merangkul pingat perak menerusi catatan masa 19.68s, diikuti rakan sepasukan yang juga juara dunia, Noah Lyles di tempat ketiga dengan 19.74s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI