fbpx

Inilah salah seorang pengasas Jusco – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir (kiri) bersama pengasas Jaya Jusco, Takuya (kanan) ketika berjumpa di Tokyo, Jepun, semalam.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bepeluang untuk bertemu semula dengan pengasas Jaya Jusco, Takuya Okada di Tokyo, Jepun, semalam.

Menurut beliau, Jusco atau kini dikenali sebagai AEON merupakan antara pusat membeli-belah moden yang terawal dibuka di Malaysia pada zamannya.

“Sudah banyak kali saya melawat negara Jepun. Saya dapati, Jepun mempunyai pusat membeli-belah yang bagus.

“Pada tahun 1983, saya berjumpa dengan Takuya Okada, salah seorang pengasas pusat membeli-belah Jusco atau Japan United Stores Company.

“Pada waktu itu, terdetik untuk memperkenalkan pusat beli-belah seumpama itu di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Dr. Mahathir berkata, sejurus pertemuan beliau dengan Takuya, Jusco telah menerima pelawaan kerajaan untuk memodelkan industri peruncitan dengan dengan membuka pusat beli-belah pertama mereka di Dayabumi.

“Jusco menerima kejayaan yang sangat besar. Perniagaan mereka mula berkembang dan Jusco terus membuka lebih banyak pusat beli-belah di negara ini.

“Sekarang, Jusco atau lebih dikenali sebagai AEON boleh ditemui hampir di seluruh negara.

“AEON merupakan salah satu pusat beli-belah yang berjaya dan mempunyai sumbangan yang besar terhadap industri peruncitan negara,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau berharap agar AEON dapat terus berkembang maju dan kekal berjaya di negara ini.

“Saya juga berharap agar pelabur dari Jepun akan terus melabur di negara ini.

“Takuya sebaya dengan saya. Semoga dia (Takuya) dikurniakan kesihatan yang baik agar kami dapat berjumpa semula di Jepun pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI