fbpx

Izutsu beri impak besar terhadap landskap akademik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan ucapan di Universiti Keio, Tokyo, Jepun hari ini bagi meraikan jasa dan peranan besar Izutsu.

PETALING JAYA – Pemikir dan tokoh filasuf, Prof. Toshihiko Izutsu semasa hayatnya telah memberi impak besar kepada landskap akademik dan falsafah global kerana ilmunya yang mendalam berkaitan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara pencapaian luar biasa Izutsu adalah dalam menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Jepun.

“Ini adalah pencapaian luar biasa dan bukti kemahiran serta garapan linguistik yang mendalam, keluasan ilmu dan ketekunan komitmennya.

“Tugas menterjemahkan al-Quran sangat mencabar kerana dimensi linguistik, teologi, falsafah, spiritual, dan mistik yang kompleks.

“Bagi umat Islam, al-Quran tidak sekadar teks tetapi ia adalah wahyu ilahi dengan lapisan makna yang mendalam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di Universiti Keio, Tokyo, hari ini bagi meraikan jasa dan peranan Izutsu yang turut mempunyai karya besar seperti ‘Sufism dan Taoism’.

Anwar berkata, pendekatan Izutsu dalam terjemahan lebih daripada sekadar menukar kata-kata Arab ke dalam bahasa Jepun, malah ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang bahasa Arab, tradisi Islam serta bahasa semitik.

Ujar beliau, dengan menterjemah al-Quran ke dalam bahasa Jepun, Izutsu menjadikan teks suci itu boleh diakses pembaca berbahasa Jepun, sekali gus menggalakkan pemahaman silang budaya.

“Usaha ini menunjukkan komitmennya untuk merapatkan jurang budaya dan linguistik serta menyumbang kepada kajian Islam dengan dengan sangat ketara,” katanya.

Ujar beliau, keupayaan Izutsu untuk merapatkan jurang budaya dan bahasa serta memupuk pemahaman silang budaya yang lebih mendalam dan penghargaan terhadap pemikiran Islam dalam konteks kenegaraan dan masyarakat di Jepun.

“Saya juga maklumkan bahawa sumbangan Izutsu kepada dunia lapangan intelektual, teologi, dan falsafah sangat luas dan rencam sehingga sukar untuk menentukan sumbangan terbesar beliau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI