fbpx

Lelaki mati depan rumah dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh malam kelmarin.

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh malam kelmarin dipercayai dibunuh dengan menggunakan objek tumpul.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kematian mangsa boleh dikaitkan dengan pembunuhan berdasarkan kesan kecederaan di kepala si mati.

Katanya, bagaimanapun, tiada sebarang penemuan senjata di tempat kejadian.

Siasatan mendapati suspek utama yang terlibat dalam kes itu dipercayai sudah melarikan diri.

“Sehubungan itu, kita sedang menjalankan operasi bagi mengesan suspek. Orang ramai yang tinggal di sekitar kampung itu juga diharap dapat membantu polis dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI