fbpx

Jadestone menjadi pelabur terkini di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JADESTONE memiliki pengalaman luas dalam pengendalian lapangan minyak dan gas di rantau Asia Pasific. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jadestone Energy Holdings Ltd., anak syarikat Jadestone Energy plc. (Jadestone) yang berpangkalan di Singapura, menjadi pelabur terkini dalam sektor huluan industri minyak dan gas di Malaysia.

Ia menerusi pemerolehan syarikat SapuraOMV Upstream (PM) Inc. (SapuraOMV PM), anak syarikat SapuraOMV Upstream Sdn. Bhd. (SapuraOMV) yang memiliki kepentingan dalam penghasilan aset di luar pesisir Semenanjung, iaitu Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) AAKBNLP, PM318, PM323 dan PM329.

Syarikat tersebut adalah pengendali bagi PSC PS32, PM323 dan PM329.

Jadestone yang disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London memiliki pengalaman dalam pengendalian lapangan minyak dan gas di rantau Asia Pasifik.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (Petronas), Mohamed Firouz Asnan berkata, pihaknya menyambut baik penampilan sulung Jadestone dalam sektor huluan di negara ini dan ia membuktikan Malaysia kekal menarik dengan peluang terbuka luas kepada pelabur.

“Meletakkan aset yang tepat pada pemain yang betul akan membuka potensi penuh aset berkenaan dan akan memaksimumkan pulangan kepada pelabur dan Petronas sendiri.

“Kami percaya pengalaman dan kemahiran Jadestone dalam melanjutkan jangka hayat aset, digabungkan dengan fokus kepada meningkatkan pengeluaran dan pengoptimuman kos akan meningkatkan margin sambil menyumbang kepada kelesta­rian keseluruhan pengeluaran minyak dan gas negara,” katanya dalam satu kenyataan.

SapuraOMV dan Jadestone sebelum ini telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat pada 30 April lalu

Selain itu, dalam usaha membuka potensi penuh sumber ­hidro karbon dalam negara, Petronas sedang membuka Pusingan Tawaran Malaysia (MBR) 2021, bertemakan ‘Kembangkan Portfolio Tenaga Anda Dengan Kami.’

MBR 2021 menawarkan 13 peluang baharu dalam lapangan minyak dan gas, disokong terma fiskal dan bukan fiskal dalam PSC yang disesuaikan bagi memadankan risiko dan ganjaran pelaburan dengan jenis aset yang tersedia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI