fbpx

Siti, Pagar dipindahkan ke Taman Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti dan anaknya, Pagar (belakang) diiring dua ekor gajah denak untuk dipindah keluar dari Kampung Bukit Pagar, Kuala Krai ke Taman Negara Terengganu hari ini. Foto ROSALWANI CHE SOH

KUALA KRAI – Seekor ibu gajah yang digelar Siti dan anaknya, Pagar berjaya dipindahkan selepas didapati memusnahkan tanaman getah dan kelapa sawit milik penduduk Kampung Bukit Pagar di sini lebih seminggu lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, operasi memindahkan gajah dengan masing-masing seberat satu tan dan 800 kilogram itu bermula pukul 8.30 pagi tadi dan mengambil masa selama kira-kira tujuh jam.

“Anggaran usia Siti kira-kira 20 tahun manakala anak jantannya, Pagar baru sahaja berusia 3 tahun. Kedua-dua gajah ini akan dipindahkan ke Taman Negara Terengganu.

“Kehadiran mereka tidak menimbulkan situasi cemas, namun penduduk takut dan bimbang jika gajah terbabit terus masuk ke kawasan tempat tinggal dan memusnahkan kawasan kebun mereka,” katanya selepas selesai menjalankan operasi memindahkan dua ekor gajah berkenaan di Kampung Bukit Pagar di sini hari ini.

Menurut Ady Ermanty Haniff, bagi memudahkan proses pemindahan, gajah terbabit dijinakkan menggunakan dua gajah denak iaitu Kala dan Suria dengan bantuan 22 petugas Perhilitan Kelantan serta Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI