fbpx

29 individu sertai perhimpunan ‘KELUAR dan #LAWAN’ dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan peserta berpakaian hitam duduk di atas jalan raya ketika protes 'KELUAR dan #LAWAN' di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.- Foto : MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 20 laporan polis di seluruh negara yang membantah penganjuran perhimpunan ‘KELUAR dan #LAWAN’ yang diadakan di ibu negara semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah beberapa kali memberi peringatan kepada semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi keselamatan ramai.

“PDRM turut menyatakan pendirian bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja melanggar SOP.

“Oleh yang demikian, sikap penganjur dan peserta yang berdegil untuk mengadakan perhimpunan walaupun telah diberikan nasihat merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Acryl Sani menegaskan, pemantauan PDRM ketika perhimpunan berkenaan telah mengesan insiden-insiden yan mana penganjur dan peserta secara jelas melanggar SOP PPN.

“Penganjur dan peserta perhimpunan turut melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.

“Polis telah mulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan di bawah Peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain yang relevan,” jelasnya.

Tambahnya, setakat ini, seramai 29 individu telah dikenal pasti berdasarkan rakaman video dan gambar.

“Kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan penganjuran perhimpunan tersebut,” tegasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI