fbpx

Lagi 9 lokaliti di Mukim Kuala Dungun kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas 10 lokaliti di Mukim Kuala Dungun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 21 Julai lalu, kini sembilan lokaliti lagi akan ditambah berkuat kuasa Selasa hingga 16 Ogos depan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia meliputi Kubang Miang, Teluk Lipat, Teratai, Alor Tembusu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

Sebelum itu, sejumlah 10 lokaliti di mukim tersebut sudah diwartakan PKPD yang dijangka tamat 3 Ogos membabitkan seramai 13,974 penduduk daripada sebanyak 2,898 buah rumah.

Beliau menambah, turut sekali lagi dikenakan PKPD di daerah sama di negeri itu ialah 11 lokaliti dalam Mukim Sura meliputi Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

Terdahulu, tiga lokaliti di mukim itu sudah dilaksanakan PKPD ekoran Kluster Gong Pasir yang melibatkan 1,570 penduduk daripada 318 rumah dan berakhir pada 23 Julai lepas.

“Tidak ketinggalan diwartakan perintah sama di negeri tersebut ialah kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan dalam Mukim Jabi di Daerah Besut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, di Sabah pula ia melibatkan Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Daerah Beluran, Bahagian Sandakan dan Kampung Tagibang, Daerah Kota Marudu.

Bagaimanapun ujarnya, empat lokaliti di negeri tersebut disambung lagi PKPD meliputi Ladang Agathis, Kalabakan, Bahagian Tawau; Kampung Bakalau, Beaufort serta Kampung Nosoob, Penampang dan Kampung Gusung, Likas.

Turut disambung PKPD ialah dua lokaliti dalam Mukim Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI