fbpx

JPNS ambil tindakan kebun durian haram Bukit Cerakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memusnahkan 89 batang pokok daripada pelbagai spesis yang ditanam secara haram dalam kebun durian haram di Hutan Simpan Bukit Cherakah di sini, baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, tindakan itu susulan kegagalan pihak penceroboh selepas diberikan notis arahan dan memusnahkan tanaman, mengosong dan meruntuhkan binaan bangunan di kompartmen 14 hutan tersebut pada 12 Julai lalu.

Katanya, berdasarkan notis tindakan perlu dilakukan dalam tempoh dua minggu sehingga 26 Julai lalu.

“Susulan itu, semakan telah dilakukan dua hari selepas notis dikeluarkan dan mendapati sebahagian pokok yang disita juga telah dialihkan serta dimusnahkan manakala sebahagian struktur binaan bangunan juga telah dibuka oleh penceroboh.

“Pasukan penguat kuasa kemudiannya telah sekali lagi melakukan semakan Rabu lalu iaitu dua hari selepas notis tersebut dengan mendapati masih terdapat saki baki pokok yang dianggarkan berjumlah 89 batang pokok daripada pelbagai spesies belum dialihkan atau dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan satu operasi memusnahkan dan mencabut pokok tanaman telah dilakukan pada hari yang sama.

Ahmad Fadzil menjelaskan setiap operasi penguatkuasaan JPNS akan terus direkod dan dilaporkan ke Balai Polis berhampiran bagi tujuan jaminan keselamatan pasukan penguatkuasa.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI