fbpx

61 individu ditahan curi elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 61 individu ditahan selepas disyaki mencuri bekalan elektrik di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong semalam. - Foto: Ihsan PDRM

KOTA KINABALU – Seramai 61 individu ditahan selepas disyaki mencuri bekalan elektrik dalam Ops Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong semalam.

Dalam operasi bermula pukul 5 pagi sehingga 11 pagi itu, turut diberkas tiga lelaki dipercayai dalang kes curi elektrik disekitar kawasan berkenaan.

Semua yang ditahan membabitkan 39 lelaki dan 22 wanita berusia antara 16 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Zaidi Abdullah berkata, operasi dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Kita turut merampas kabel elektrik pelbagai jenis dianggarkan seberat 30 kilogram yang digunakan untuk menyambung serta mencuri arus elektrik.

“Tiga lelaki yang disyaki menjadi dalang kepada penyambungan elektrik secara haram itu juga diberkas dalam operasi sama.

“Ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai mengenakan sejumlah bayaran kepada mereka yang ingin membuat penyambungan baharu serta penyambungan semula ketika bekalan elektrik dipotong oleh SESB,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI