fbpx
Gambar hiasan

Penjawat awam direman amang seksual budak lelaki di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Seorang lelaki yang juga penjawat awam ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di daerah Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing mengesahkan telah menerima satu laporan polis pada semalam berkaitan kes tersebut.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek seorang lelaki tempatan penjawat awam yang berumur 31 tahun. Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit. Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama lima hari mulai 22 hingga 26 Mei 2026 untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 (a)/14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu kesalahan bagi perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN