fbpx

PDRM beri jaminan keselamatan negara pada tahap terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada pada tahap terkawal dan meminta orang ramai untuk tidak gusar.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak gusar kerana PDRM akan memastikan tahap keselamatan kekal berada pada tahap selamat serta akan meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihati agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya ringkas menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada Isnin lalu berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan Baginda oleh kerajaan.

Ordinan Darurat itu dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Menerusi satu kenyataan semalam, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan sudah tidak dilaksanakan.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda juga telah menegaskan bahawa kenyataan Takiyuddin adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI