fbpx

Lelaki nyaris mati jatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah motosikal ditemui ditinggalkan di atas Jambatan Pulau Pinang dipercayai milik mangsa.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam laut oleh nelayan selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 5.4 hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.53 pagi selepas orang awam menemui motosikal dipercayai milik mangsa berusia 50-an itu di tepi jalan di atas jambatan.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian, terima maklumat dari orang awam didapati mangsa lelaki dipercayai telah terjun dari jambatan.

“Mangsa didapati terapung di atas permukaan laut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke daratan oleh nelayan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI