fbpx

Suri rumah rugi RM30,050 ditipu beli kucing Munchkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Hajat seorang suri rumah untuk membeli seekor kucing Munchkin menerusi laman Facebook bukan sahaja tidak kesampaian malah dia ditipu sehingga menyebabkan kerugian RM30,050, pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa berusia 56 tahun itu tertarik untuk membuat pembelian setelah melihat iklan haiwan tersebut pada pukul 9.25 malam.

Menurutnya, mangsa menghantar mesej dan bersetuju membeli kucing dengan harga RM500.

“Mangsa kemudian memberikan butiran peribadi dan alamatnya bagi tujuan penghantaran. Mangsa membayar separuh harga kucing itu manakala bakinya akan diselesaikan sebaik menerima haiwan tersebut.

Aibee.

“Sepanjang urusan itu, suspek meminta wang atas pelbagai tujuan termasuk upah penghantaran sebanyak RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Antara helah yang digunakan adalah wang jaminan semasa berada di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), insurans dan lesen pemilikan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Aibee berkata, mangsa telah melakukan sebanyak 10 transaksi ke akaun yang diberi dan dia diberi jaminan kesemua wang akan dipulangkan setelah proses pembelian selesai.

“Mangsa juga diugut sekiranya tidak membuat pembayaran, kucing akan dirampas dan wang akan hangus. Mangsa juga diarahkan untuk membeli dua kad sim baharu untuk tujuan proses pemulangan duit,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI