fbpx

Monsun barat daya punca cuaca agak panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Negara kini berada pada fasa monsun barat daya di mana kebiasaannya cuaca kurang hujan di kebanyakan negeri dan penduduk akan merasai keadaan yang agak panas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, bagaimanapun suhu harian sebenarnya masih di paras normal sekitar 33 darjah selsius sehingga 34 darjah manakala hanya beberapa kawasan sahaja mencecah sehingga 35 darjah selsius.

MetMalaysia berkata, keadaan cuaca pagi ini agak cerah tiada hujan yang berlaku kecuali di utara iaitu di negeri Perlis dan Kedah yang masih mengalami keadaan hujan di beberapa kawasan yang dijangka akan beransur dalam tempoh dua hingga tiga jam sahaja lagi.

“Hari ini dijangka hujan beserta ribut petir masih lagi berpotensi untuk berlaku terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, bahagian utara negeri Pahang dan bahagian utara negeri Perak.

“Sementara itu di negeri-negeri lain dijangka akan mengalami cuaca yang agak cerah manakala di Sabah pula, pada ketika ini dalam keadaan mendung terutamanya di persisir pantai sekitar Kudat, Pantai Barat dan juga bahagaian pedalaman serta di Wilayah Persekutuan Labuan buat masa ini dalam keadaan mendung disertai dengan hujan di beberapa tempat,” katanya.

Sementara itu di kawasan daratan pula tiada hujan yang berlaku di negeri Sabah dan Sarawak dan menjelang ke petang nanti bagi negeri Sabah dijangka akan mendung dan hujan berserta petir akan dirasai di bahagian pantai timur di negeri Sabah iaitu di bahagian Sandakan dan juga bahagian Tawau.

“Di negeri Sarawak pula, hujan beserta petir menjelang ke petang lebih tertumpu di bahagian pedalaman di Kapit, Sri Aman dan juga Limbang.

“Selain daripada itu juga, bagi negeri Sabah buat masa ini akan merasa keadaan yang sedikit berangin dan sebab itu juga MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua berkuat kuasa sehingga esok,” jelasnya.

MetMalaysia berkata, amaran itu dikeluarkan kerana pada ketika ini angin bertiup dengan agak kencang sekitar 40 ke 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak boleh mencapai sehingga 3.5 meter. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI