fbpx

Kibar Jalur Gemilang tanda cinta kepada negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (Peradaban) mengajak orang ramai terutama generasi muda mula mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kasih sayang dan cinta terhadap negara terutama menjelang Hari Kemerdekaan bulan depan.

Yang Dipertua Peradaban, Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, menjiwai dan mempunyai rasa kesedaran mengibar Jalur Gemilang perlu ada dalam hati rakyat tanpa mengira masa dan tindakan itu seharusnya lebih meriah pada bulan kemerdekaan.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita harus menghormati Jalur Gemilang kerana bendera negara ialah identiti negara bangsa, lambang kewujudan serta kedaulatan negara.

“Semangat ini juga harus ditanam dengan sifat kesedaran bahawa penghormatan ke atas bendera negara adalah satu simbol nasionalisme yang perlu dihayati oleh setiap rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setiap rakyat harus menzahirkan perasaan gembira dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Budaya mengibarkan bendera Jalur Gemilang adalah satu perkara yang amat penting untuk disemai di dalam diri rakyat.

“Ini kerana kita meluahkan satu perasaan gembira dengan nilai kemenangan dan ia wajib ada dalam masyarakat negara ini,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI