fbpx

[KEMASKINI] Carl Samsudin jumpa pak cik gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Carl memuat naik sekeping gambar di laman Instagram menunjukkan dia menemui gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Abdul Hadi lewat petang tadi.

PETALING JAYA – Usahawan dan pesohor media sosial, Carl Samsudin akhirnya mengadakan pertemuan empat mata dengan gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Abdul Hadi, hari ini.

Carl melalui hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya memuat naik sekeping gambar menunjukkan gambar dirinya duduk bertinggung seraya memerhatikan pak cik tersebut yang dilihat seperti mengatakan sesuatu sambil memejamkan matanya.

“Saya minta maaf,” tulisnya ringkas dalam kapsyen gambar tersebut lewat petang tadi.

Pagi tadi Kosmo! melaporkan Carl yang didakwa memalukan gelandangan warga emas berkenaan pada Selasa lalu menyatakan permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram miliknya.

Warga emas berkenaan menerusi sebuah klip video berkata, dia tidak terasa hati dengan sikap Carl dan turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membela dan memberi sokongan kepada dirinya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI