fbpx

Dapat cincin hadiah hari jadi, Nora ditanya bila kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA menerima hadiah barang kemas berupa cincin dan gelang sempena hari lahirnya 26 Julai lalu.

PETALING JAYA – Pernah membuat pengakuan sudah dilamar, penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menuai perhatian ramai apabila menerima hadiah barangan kemas pada sambutan hari jadinya baru-baru ini.

Perkara tersebut bermula selepas Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 48, memuat baik sekeping foto dalam Instagram dengan memaparkan dua kotak jenama barangan kemas popular berwarna ungu.

Difahamkan, saiz kotak tersebut selalunya untuk sebentuk cincin dan seutas gelang tangan.

“Alhamdulillah, terima kasih (disertakan emoji berbentuk hati),” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Biarpun tidak memaparkan rupa dan nama si pemberi, ruangan komen Nora dihujani dengan ucapan tahniah malah ada yang bertanya bilakah dia akan mendirikan rumah tangga.

“Tahniah, bila hendak berlangsungnya majlis?” soal seorang pengikutnya.

“Alhamdulillah tahniah Datuk. Semoga dipermudahkan,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Sehingga kini, Nora masih merahsiakan identiti bakal suaminya itu.

Terdahulu, sekitar Mei lalu Nora pernah mendedahkan di sudah dilamar dan akan berkongsi lanjut mengenai hari bahagianya tidak lama lagi.

Dia juga pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Selatan Thailand.

Gosip tersebut tercetus selepas sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik mereka tular dalam media sosial.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992.

Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Malah, pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI