fbpx

‘Terpulang’ – Lan Solo jawab tindakan Siti Nordiana teruskan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAN SOLO, Syura dan tiga lagi penama lain bertindak tidak memenuhi tunturan permintaan maaf secara terbuka oleh Siti Nordiana.

PETALING JAYA – “Terpulang.. Saya sudah serahkan semua urusan selepas ini kepada peguam.”

Demikian respons ringkas penyanyi Lan Solo berhubung tindakan Siti Nordiana yang memaklumkan akan meneruskan saman terhadapnya, Syura dan tiga individu lain selepas gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.

Lan atau nama lengkapnya, Mohd. Razlan Mohamed Yusof ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan kenyataan lanjut tentang isu terbabit kerana segala tindakan selepas ini adalah daripada peguam yang dilantik.

“Saya dalam perjalanan pulang ke Taiping, Perak untuk melawat orang tua saya yang sedang sakit. Dah dua tiga hari saya berulang-alik Taiping-Kuala Lumpur.

“Berkenaan isu yang dimaksudkan, memang saya tak boleh beri komen lanjut kerana semuanya saya serahkan kepada peguam. Saya tidak berada dalam kedudukan nak beri komen lanjut. Saya harap difahami,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, genap 48 jam sebagaimana dituntut membuat permohonan maaf kepada Siti Nordiana berhubung isu fitnah, lima sekawan termasuk Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim bersama tiga lagi penama lain menyerahkan tindakan selanjutnya kepada peguam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media secara bersama yang turut mewakili penyanyi Syura Badron, jurusolek, Aida G; dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Masing-masing mengakui sudah menerima notis yang dikemukakan penyanyi lagu Hati Mu Miliki itu menerusi peguam Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates.

Terdahulu, Siti Nordiana memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu itu membuat permohonan maaf berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung Instagram pada 20 Julai lalu melibatkan mereka berlima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI