fbpx

Penutupan laluan susur di Lebuh Raya Cheras-Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara DBKL.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penutupan laluan di susur Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) pada Jumaat ini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, penutupan laluan berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Penutupan jalan ini adalah berikutan kerja-kerja membaik pulih sistem perparitan dan memperbaharui permukaan jalan pada bahagian terowong tersebut.

“Pengguna laluan ini boleh menggunakan laluan alternatif sedia ada di hadapan susur ini selepas simpang Taman Len Seng atau Cheras Sentral Mall untuk ke Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat dan Taman Connaught,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI