fbpx

Dewan Rakyat: Ku Li minta tukar tempat duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mohon untuk menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat.

Beliau dalam surat ditujukan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun minta ditempatkan bersama kumpulan Ahli Parlimen Bebas yang tidak menyokong kerajaan.

“Saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan.

“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama kerajaan yang ditubuh menggunakan nama kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam surat bertarikh 26 Julai 2021 tersebut.

Tengku Razaleigh berkata, beliau belum mengetahui sama ada Ahli Parlimen UMNO lain telah berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai tempat duduk mereka.

Menurut beliau, pertukaran tempat duduk dalam Dewan Rakyat itu bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional atau UMNO supaya tidak boleh sedikit pun dianggap menyokong kerajaan PN. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI