fbpx

Pegawai tadbir majlis perbandaran makan rasuah dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pegawai tadbir sebuah majlis perbandaran akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen di sini kerana disyaki menerima suapan lebih RM30,000 untuk perakuan penipuan siap kerja pelupusan sampah, tujuh tahun lalu.

Difahamkan suspek berusia 45 tahun itu akan dituduh atas empat pertuduhan melibatkan kes tersebut.

Suspek terlebih dahulu ditahan pukul 2 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah menerima suapan tersebut daripada seorang pengarah syarikat secara berperingkat menerusi pembayaran cek pada tahun 2014.

“Ini sebagai balasan untuk mengesahkan perakuan siap kerja pelupusan sampah sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam kontrak perjanjian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Jelasnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pukul 8.30 pagi esok mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan . – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI