fbpx
Kontena peti sejuk mayat yang disumbangkan Maritime Network kepada Hospital Shah Alam. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

Mayat Covid-19 bukan Islam di HKL diuruskan KWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) membantu pengurusan mayat Covid-19 bukan Islam Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Santara Kumar berkata, kementeriannya telah menjalinkan kerjasama dengan pihak hospital itu sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan pengurusan kesemua itu berjalan lancar.

“Kita telah menubuhkan Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM) di Kompleks Institut Sukan Negara (ISN) di Kampung Baru.

“Bagi tempat pengebumian dan pembakaran mayat, kita lakukan di Tanah Perkuburan Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cheras,” katanya selepas menyaksikan program sumbangan sebuah kontena kepada Hospital Shah Alam di sini, hari ini.

Kontena yang telah diubahsuai dan boleh menempatkan kira-kira 30 jenazah Covid-19 tersebut disumbangkan oleh sebuah syarikat perkapalan, Maritime Network Sdn. Bhd. (Maritime Network).

“Kita juga bekerjasama dengan sebuah pusat krematorium swasta di Kepong dan beberapa krematorium lain bagi mengebumikan dan membayar mayat bukan Islam Covid-19,” katanya. – K!ONLINE

POPULAR