fbpx

Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Seramai tiga Ahli Parlimen dilaporkan positif Covid-19 manakala empat lagi dikategorikan sebagai kontak rapat selepas mereka menjalani ujian calitan pada Jumaat lalu.

Menurut sumber Kosmo!, selain Ahli Parlimen terbabit, seramai 35 orang lagi petugas Parlimen turut dilaporkan positif sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan menjelang Sidang Khas Isnin ini.

Difahamkan, Ahli Parlimen yang menjadi kontak rapat perlu menjalani kuarantin kendiri wajib selama 14 hari mengikut syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumaat lalu, semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani ujian calitan Covid-19 sebelum dibenarkan menghadiri Sidang Khas selama lima hari pada 26, 27, 28, 29 Julai serta 2 Ogos depan.

Sidang itu pertama kali diadakan semenjak Proklamasi Darurat diisytiharkan pada Januari lalu. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI