fbpx

Kapal tangki Panama ditahan bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki yang berdaftar dari Panama ditahan selepas disyaki bersauh secara haram di Tanjung Kelesa, dekat sini tengah hari semalam. /FOTO IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki yang berdaftar dari Panama ditahan dalam Operasi Jangkar Haram selepas disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur, tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki itu ditahan di kedudukan 14.6 batu nautika timur laut Tanjung Kelesa, di sini.

Menurutnya, penahanan dilakukan oleh bot ronda APMM yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Kapal tangki itu dikendalikan sembilan kru warga Indonesia, berusia antara 24 hingga 49 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kapal berserta kesemua kru telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI