PETALING JAYA – Kapal yang dinaiki salah seorang peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dari Malaysia, Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs sedang dikejar oleh tentera Israel.
Haroqs menerusi siaran langsung di TikTok ketika ini memaklumkan terdapat beberapa buah bot dan kapal besar yang dinaiki pasukan Zionis berada tidak jauh dari kapalnya dan sedang cuba untuk memintas.
“Mereka datang sini, tak apa kita tak takut. Korang (anda semua) doakan kami,” katanya.
Haroqs turut didengar sedang berselawat dalam siaran langsung tersebut.
Dalam masa sama, ahli kapal yang bersama-sama Haroqs kelihatan sudah bersedia dengan kelengkapan masing-masing sekiranya pelayaran mereka berjaya dipintas pasukan rejim itu. – KOSMO! ONLINE














