fbpx

TMJ label Syed Saddiq ‘drama queen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail memberi komen susulan Syed Saddiq membuat penstriman langsung Instagram malam semalam.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Menurut komen Tunku Ismail itu, beliau bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mangsa permainan politik.

“Drama queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” katanya dalam Instagram storynya malam tadi.

Malam tadi, Syed Saddiq dalam siaran secara langsung di media sosialnya memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan. K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI