fbpx

Permohonan lucut hak harta Najib, 17 lain ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan sehingga 30 Ogos ini pendengaran permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak barangan berharga yang disita dari kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri dan 16 pihak lain, tiga tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan demikian ekoran wujud perkembangan baharu berkaitan permohonan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memberitahu, perkembangan baharu itu saling berkaitan dan memberi kesan terhadap kes-kes lucut hak yang lain.

Beliau berkata, perkara tersebut dimaklumkan melalui surat yang diterima daripada peguam yang mewakili responden-responden serta beberapa pihak lain.

Sehubungan itu, ujarnya pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti surat-surat berkenaan sebelum memaklumkan kepada mahkamah tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Sementara itu, Faten Hadni ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu, pihak pendakwaan sudah memfailkan hujahan bertulis pada 14 Julai lalu dan akan mengemukakan hujahan lisan pada 30 Ogos.

Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak barangan yang disita dari kediaman bekas Perdana Menteri, isteri dan 16 pihak lain.

Antara barangan yang disita oleh polis pada 17 Mei 2018 ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM537,000.

Turut disita ialah Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, AS$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baharu).

Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat jam tangan pelbagai jenama, empat beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama manakala 40 beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI