fbpx

Model X70 edisi khas ditawar sebanyak 2,000 unit sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Proton me­lancarkan model X70 Edisi Khas dengan harga atas jalan tanpa insurans RM123,800.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, model keluaran terhad itu ditawarkan sebanyak 2,000 unit sahaja.

“Dengan penambahan Proton X70 Edisi Khas pada barisan model kami, Proton telah melebarkan lagi pasaran sasaran peringkat atas.

“Walaupun ia adalah kelua­ran terhad, kami yakin bahawa ia akan menarik minat pembeli kereta mewah yang sedang mencari SUV baharu pada harga yang berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslan menjelaskan, varian baharu pada barisan Proton X70 bertujuan untuk mengukuh­kan lagi daya tarikan SUV segmen-C terlaris di Malaysia.

“Proton X70 Edisi Khas diposisikan di bahagian atas barisan model Proton dan mempunyai ciri-ciri baharu yang mewah bersama dengan warna istimewa.

“Model itu mempunyai ­spesifikasi yang sama dengan varian Premium 2WD, oleh itu ia juga menggunakan enjin 1.8L TGDi dan transmisi dwi-klac 7-kelajuan,” tambahnya.

Menurut Roslan, Proton X70 Edisi Khas hadir dengan pakej gaya luaran dan hiasan dalaman untuk meningkatkan daya tarikannya.

Model itu menawarkan warna baharu iaitu Ocean Blue dan Ruby Red dan juga mempunyai bumbung, spoiler belakang dan cermin pintu yang diwarnakan hitam.

Selain itu reka bentuk baharu sport rim bersaiz 19 inci dan lambang SE eksklusif juga dipasang pada bahagian belakang sebagai sentuhan terakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI