fbpx
KEADAAN Proton X50 yang remuk dalam nahas yang mengorbankan enam mangsa di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani hari ini.

6 sekeluarga maut nahas teruja naik Proton X50 baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga yang maut dalam nahas di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini hari ini dikatakan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang baru diambil dari sebuah pusat jualan kenderaan di Pulau Pinang pada pagi tadi.

Proton X50 baharu itu dikatakan milik salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut iaitu Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.

Ahmad Fahim merupakan adik kepada pemandu SUV berkenaan, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, seorang anggota polis yang bertugas di Pulau Pinang.

Ahmad Shafiq turut maut bersama empat lagi ahli keluarganya, manakala seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan parah.

Menurut Ibrahim Ghazali, 39, yang juga abang ipar kepada Ahmad Shafiq, kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan menziarahi kubur arwah bapa Ahmad Shafiq di Merbok, dekat sini.

“Tengah hari tadi mereka singgah rumah saya di Bertam Putra, Pulau Pinang untuk mengambil anak lelaki saya yang turut terkorban dalam kemalangan itu.

“Mereka terutama anak saya kelihatan sangat teruja nak naik kereta baharu kepunyaan Ahmad Fahim. Ia adalah kereta pertama Ahmad Fahim yang bekerja di sebuah pasar raya di Bertam, Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan Proton X50 yang bergerak lurus tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang membawa muatan tanah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan enam maut, manakala seorang lagi parah selepas Proton X50 yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kampung Baru Pinang Tunggal kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, serta lima penumpang iaitu Nora Mhd. Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21; seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang bayi berusia enam bulan.

Mangsa yang parah dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN