fbpx

Lelaki hadiahkan kekasih cincin diperbuat daripada susu badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini memuat naik foto cincin yang diperbuat daripada susu badannya di Facebook. - Facebook

RUTHERFORD, New Jersey – Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendedahkan di laman Facebook bahawa teman lelakinya telah melamarnya  dengan memberikan sebentuk cincin diperbuat daripada susu badan wanita itu sendiri, lapor laman Lad Bible semalam.

Dia memuat naik foto jarinya yang disarungkan cincin tersebut dan menulis bahawa hadiah itu amat istimewa.

“Teman lelaki saya menghadiahkan cincin ini yang diperbuat daripada susu badan saya, ia amat istimewa,” tulis wanita itu.

Foto tersebut kemudian menjadi tular dengan netizen meninggalkan pelbagai komen mengenainya.

“Ia hanya susu, boleh juga buat cincin daripada kentang lecek,” tulis seorang netizen.

“Saya tidak faham apa yang begitu sentimental tentangnya. Ia adalah cecair daripada badan anda,” tulis seorang lagi netizen.

Barang perhiasan yang dihasilkan daripada susu badan sudah dikomersialkan selama beberapa tahun.

Pencipta barangan perhiasan sebegini dipercayai menggunakan susu badan yang sudah disejatkan sebelum dimasak dan dikeringkan dan dilapisi dengan resin. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI