fbpx

Chelsea ditawarkan kepulangan Hazard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD biasa-biasa sahaja di Real selepas hanya berupaya menjaringkan lima gol daripada keseluruhan 43 perlawanan dalam tempoh dua musim bersama Los Blancos. – AFP

MADRID – Real Madrid dilaporkan sedia menawarkan semula Eden Hazard kepada Chelsea selepas dua tahun kap­ten Belgium itu meninggalkan Stamford Bridge dengan harga £86 juta (RM498.5 juta).

Ia berikutan kegagalan Ha­zard, 30, mencapai jangkaan Real sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo yang meninggalkan kelab itu dengan me­nyertai Juventus pada 2018.

Pemain sayap lincah itu le­bih banyak menghabiskan masa dengan menjalani proses pemulihan disebabkan pelbagai siri kecederaan di Madrid.

Lebih malang, Hazard cuma berupaya menjaringkan lima gol daripada keseluruhan 43 perlawanan dalam tempoh dua musim bersama Los Blancos.Sebagai rekod, Hazard dianggap antara pemain terhebat di Stamford Bridge menerusi rekod 110 jaringan daripada 352 penampilan bersama The Blues dari 2012 hingga 2019.

Antara sebab lain Hazard ditawarkan ke Chelsea adalah disebabkan Real ‘terpaksa’ mengurangkan perbelanjaan gaji pemainnya dan Hazard dibayar lebih kurang £416,000 (RM2.41 juta) seminggu.

Real sedia berdepan kerugian dan melepaskan Hazard dengan harga jauh lebih rendah iaitu £52 juta (RM301.4 juta) kepada mana-mana pasukan.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich tentunya berbelah bahagi sama ada sedia mengeluarkan dana membeli semula Hazard atau mendapatkan penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI