fbpx

Busana kontinjen Malaysia curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembawa Jalur Gemilang, Lee Zii Jia dan @gohliuying bersiap sedia sebelum Upacara Pembukaan Rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kredit foto Team Malaysia.
Kontinjen Malaysia.

TOKYO – Tirai temasya Sukan Olimpik 2020 yang dinanti-nantikan akhirnya dibuka secara rasmi selepas upacara majlis pembukaan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Olimpik, Tokyo sebentar tadi.

Kemeriahan upacara itu sekali gus menutup segala potensi pembatalan temasya sukan paling berprestij itu terutama selepas tertangguh setahun daripada tarikh asal.

Upacara kemasukan kontinjen dimulakan dengan negara Greece manakala Malaysia pula menjadi negara ke-177 masuk ke dalam stadium.

Seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ke tengah lapangan lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah dengan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.

Warna pakaian kontinjen negara itu diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan telah direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Rata-rata netizen memuji busana kontinjen negara itu pada gambar yang dimuat naik di Facebook Majlis Sukan Negara.

“Smart tapi harap ada pihak memakaikan tanjak dengan sempurna supaya nampak lebih gagah,” kata Encik Khairul Hassan.

“Detik bersejarah,” kata David Tih Siong Pin.

Sementara itu, Firdaus Isa berkata, comel je fesyen baju kontinjen Malaysia..semoga beroleh emas edisi kali ni Malaysia.

Sebanyak 205 negara mengesahkan penyertaan pada temasya sukan terbesar dunia itu dengan Malaysia menghantar 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI