fbpx

Kunci mulut isu kacau periuk nasi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nordiana

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Nordiana mengambil pendekatan selamat untuk mengunci mulut selepas dituduh menjadi antara punca terganggunya periuk nasi dua rakan artis, Lan Solo dan Syura Badron.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, dia juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak mengeruhkan keadaan.

Buat masa ini, Nana memberitahu dia sedang berbincang dengan peguam berhubung isu tersebut.

“Terkejut juga apabila dapat tahu perkara ini malam tadi (kelmarin) selepas ramai yang hantar mesej langsung di Instagram. Namun, untuk mengeluarkan kenyataan lebih panjang, mungkin belum lagi.

“Saya juga sedang berbincang lanjut mengenai perkara itu. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Lebih baik fokus perkara yang lebih penting tentang kehidupan serta memperbaiki diri di musim pandemik ini,” katanya.

Tambah juara Gegar Vaganza musim kedua itu, dia juga enggan terlalu memikirkan dakwaan pihak terbabit kerana menganggap lebih banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diusahakannya ketika ini.

“Dalam keadaan negara dilanda Covid-19, banyak benda hendak fikir. Sebaik-baiknya saya tak mahu kusutkan kepala dan fokus pada benda lain,” katanya yang kini aktif membantu peminatnya yang terkesan akibat pandemik.

Terdahulu, nama penyanyi dan pelakon drama Dia Semanis Honey itu dipetik dan didakwa menjadi penyebab karier Syura dan Lan Solo terjejas.

Pendedahan yang dikongsi isteri Lan, Sheila Razlan mencetuskan tanda tanya ramai. Sheila bahkan memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu di Instagram.

Sheila menerusi InstaLive berkata, tindakan itu dibuat kerana terkejut apabila Siti Nordiana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.

Syura turut meluahkan rasa terkilan apabila sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepadanya dan ia dipercayai berpunca daripada ‘mulut’ sahabat baiknya iaitu Nana.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI