fbpx

Nafi dakwaan ‘walk in’ di PPV untuk dapat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar hantaran Facebook Negeri Sembilan Kini yang mendakwa orang ramai boleh mendapatkan vaksin secara 'walk' in di tiga buah PPV dinyatakan.

SEREMBAN – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Sembilan menyangkal dakwaan bahawa orang ramai boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk in’ di tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini bermula 1 Ogos depan seperti yang tular di media sosial Facebook.

CITF Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan awam berkenaan perkara itu melalui satu hantaran di laman facebook Negeri Sembilan Kini.

“Laman Facebook Negeri Sembilan Kini menyatakan pada 1 Ogos 2021 boleh ‘walk in’ sahaja di mana-mana PPV dan menyenaraikan PPV Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Hospital UCSI Port Dickson dan Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban sebagai PPV yang dimaksudkan.

“CITF Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa maklumat yang dipaparkan di dalam laman facebook Negeri Sembilan Kini adalah tidak benar dan pihak kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau dibenarkan ‘walk in’ di mana-mana PPV Awam dan Swasta yang sedang beroperasi di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, bagi tujuan pemberian vaksin di Negeri Sembilan semua pemberian vaksin dilaksanakan melalui janji temu yang diselaraskan melalui aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan hadir tanpa janji temu ke mana-mana PPV di Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2021 dan dimohon agar mematuhi tarikh janji temu yang diberikan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

CITF Negeri Sembilan akan terus menggiatkan usaha pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Sembilan melalui 96 PPV awam dan awasta melalui Program Pemberian Vaksin secara outreach di seluruh daerah di Negeri Sembilan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI