fbpx

Imam maut nahas dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal yang juga Iman 2 Masjid Kariah Air Kuning Selatan maut selepas terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Jalan Air Kuning Selatan-Sungai Dua, Gemencheh, di sini, pagi tadi. - IHSAN BOMBA

TAMPIN – Imam 2 Masjid Kariah Air Kuning Selatan maut selepas terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Jalan Air Kuning Selatan-Sungai Dua, Gemencheh, di sini, pagi tadi.

Dahlan Yahya, 71, beralamat di Kampung Parit Buloh disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 11.14 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari balai bomba pada pukul 11.40 pagi didapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan juga sebuah treler berhampiran Klinik Kesihatan Air Kuning.

“Penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian. Bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pembersihan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI