fbpx

Gadis Indonesia mengaku bersalah guna MyKad daftar MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHIEHARA (kiri) mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia didenda RM14,000 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki dan menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu baru-baru ini.

Tertuduh, Zhiehara Toding, 22, sebelum itu membuat pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret R. Manomani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi MySejahtera atas identiti orang lain menerusi satu kad pengenalan bernama Norsyarifah Muhsin sebagai dokumen pengenalan diri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di  daerah Timur Laut di sini di antara 24 Jun hingga 12 Julai lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja memiliki kad pengenalan palsu atas nama Ziehara Boisi sebagai pengenalan dirinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di 1-17-04, Desa Pinang 2, Lebuh Sungai Pinang di sini di antara pukul 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang pada 17 Julai lalu.

Bagi kedua-dia kesalahan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM6,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayarnya bagi pertuduhan pertama, manakala RM8,000 bagi pertuduhan kedua.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Azry Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah JPN negeri, Nur Zulfa Ibrahim ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, kes tersebut merupakan di antara 11 kes yang dituduh di mahkamah sepanjang tahun ini membabitkan kesalahan MyKad palsu.

Ujarnya, jumlah itu meningkat berbanding hanya sembilan pertuduhan membabitkan kes sama sepanjang tahun lalu.

“Sepanjang tahun lalu sehingga Jun tahun ini juga, seramai 25 individu ditahan bersabit kesalahan MyKad palsu menerusi 21 operasi yang dijalankan.

“Daripada jumlah itu, 16 yang ditahan merupakan warga asing, manakala sembilan lagi adalah rakyat tempatan yang antaranya melibatkan kesalahan seperti pendaftaran palsu untuk sijil kematian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI