fbpx

22 lokaliti di 4 negeri dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 22 lokaliti di empat buah negeri akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula Sabtu ini sehingga 6 Ogos 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti terlibat.

“Terdapat dua lokaliti di Tuaran, Sabah iaitu Kampung Pukak, Mukim Tengah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria, Mukim Berungis. Manakala di Kampung Gumandang, Kudat serta Kampung Lumatai Ulu, Beaufort.

“Tiga lagi lokaliti di Sipitang, Sabah turut dilaksanakan PKPD iaitu Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam pada itu, terdapat tiga lokaliti Tiga di Machang, Kelantan turut dikenakan PKPD iaitu Kampung Joh, Kampung Maka dan Kampung Dewan Besar, Labok.

Turut terlibat adalah 14 lokaliti dalam daerah Temerloh, Pahang iaitu, Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts dan Seluruh Kampung Padang Lalang.

Sementara itu, Taman Perumahan Sri Kemuning, Flat Sri Kemuning, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, Seluruh Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah.

Jelas Ismail Sabri lagi, Kompleks Penjara Bentong termasuk kuarters kakitangan di Bentong, Pahang turut dikenakan PKPD.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI