fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 4 negeri hingga pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat serta ribut petir malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran hujan lebat, ribut petir di empat negeri terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 1 pagi esok.

“Di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Rompin manakala di Melaka dan Johor turut mengalami keadaan cuaca yang sama.

“Sementara itu, di Sarawak, hujan lebat dan ribut petir turut diramal melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi),” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI