fbpx

Dewan Negara: Kerajaan beri peruntukan lebih tinggi kepada negeri pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan peruntukan yang diberikan kepada Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis dalam Belanjawan 2023 adalah lebih tinggi daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut sekali gus menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya memilih untuk menekan negeri-negeri yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Ini tidak benar sama sekali. Saya harap fitnah seperti ini dihentikan dan Dewan Negara dapat tunjuk contoh yang baik bahawa kritikan dibenarkan dan saya bersedia untuk membuat pindaan, penyesuaian setelah mendengar pandangan dan teguran.

“Tapi fitnah ini tidak boleh diteruskan dan fitnah ini kadang-kadang datang daripada pemimpin besar yang kata zalimnya Menteri Kewangan kerana menindas dan tidak memberikan peruntukan keapda negeri-negeri, atau melewatkan dan mengurangkan.

“Semua fakta itu salah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 buat bacaan kali kedua di Dewan Negara, di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang dilontarkan dan bukannya menyerang ulama kerana mereka menerangkan fakta yang salah.

Terdahulu, Anwar menjelaskan peruntukan kepada Perlis dinaikkan daripada RM138 juta kepada RM154 juta manakala Terengganu dinaikkan daripada RM393.6 juta kepada RM400.1 juta.

“Peruntukan bagi Kelantan pula dinaikkan kepada RM351.5 juta berbanding RM331 juta dan Kedah terima RM512.1 juta berbanding RM458.1 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI