fbpx

Potong bekalan elektrik premis judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga premis judi dipotong bekalan elektrik.

BAGAN SERAI – Tiga buah premis yang menjalankan aktiviti perjudian di sekitar Daerah Kerian dikenakan tindakan apabila bekalan elektriknya dipotong hari ini.

Premis berkenaan masing-masing di Taman Serai Permai Bagan Serai, Parit Abas Kuala Kurau dan sebuah pasar mini di Tanjung Piandang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, tindakan pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian bersama empat orang kakitangan TNB telah melakukan operasi bersepadu di lokasi berkenaan.

“Tindakan pemotongan bekalan elektrik bersama TNB terhadap tiga premis itu bermula pukul 3.20 petang hingga 4.20 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mazuki Mat, polis bertindak mengikut Akta 289 Undang-undang Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001).

“Kesemua premis ini disiasat mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Terbuka 1953 Pindaan 2001,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI