fbpx

Industri sedia bawa masuk lebih banyak produk EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemain industri automotif di negara ini telah bersedia untuk membawa masuk lebih banyak produk kenderaan elektrik (EV) buat pengguna tempatan, namun masih menantikan polisi dan hala tuju kerajaan berhubung Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, penerimaan pasaran untuk EV akan bergantung kepada produk, harga yang lebih mampu milik dan infrastruktur mencukupi, terutamanya melibatkan kemudahan pengecasan.

Tambahnya, polisi kerajaan mengenai penawaran EV juga perlu jelas supaya pengeluar dan pemegang francais kende­raan boleh merancang apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Kami cuma dimaklumkan polisi akan diumumkan tidak lama lagi.

“Apa yang mahu dilihat oleh pengeluar kenderaan ialah le­bih banyak insentif untuk pemasangan tempatan, selain duti import dan duti eksais sifar bagi EV serta kos lebih rendah untuk menyediakan infrastruktur pengecasan.

“Polisi kerajaan juga perlu bersifat jangka panjang, bukan sekadar untuk tempoh dua atau tiga tahun, kemudian ia tidak diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Meja Bulat Tenaga Nasional Bhd. (TNB), bertemakan Mobiliti Karbon Rendah yang diadakan secara maya semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Normah Osman dan Ketua Pegawai Strategi & Kawal Selia TNB, Datuk Fazlur Rahman Zainuddin.

Sementara itu, Normah dalam ucapannya berkata, sektor pengangkutan menggunakan sekitar 40 peratus daripada tenaga akhir serta men­yumbang kira-kira 30 peratus daripada gas rumah hijau.

“Pengangkutan awam tidak hanya menurunkan pembebasan karbon, malah mengurangkan kesesakan.

“Fokus kami adalah memperkenalkan lebih banyak bas berkuasa elektrik sepenuhnya atau hibrid.

“Kini terdapat sekurang-kurangnya 1,500 buah bas beroperasi di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI