fbpx

Ancelotti intai potensi dapatkan Dalot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALOT dilaporkan menarik perhatian Ancelotti sejak beliau membimbing Everton dan kali ini jurulatih itu mahu cuba mendapatkannya untuk dibawa ke Madrid. – AFP

MADRID – Jurulatih Real Mad­rid, Carlo Ancelotti dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Manchester United, Diogo Da­lot pada jendela perpindahan kali ini.

Dalot kembali ke Old Trafford selepas menghabiskan tempoh pinjamannya bersama AC Milan musim lalu dan jurulatih baharu Real itu tertarik untuk membawanya ke Santiago Bernabeu.

Ancelotti dikatakan sudah berminat dengan gaya permainan Dalot semasa di Everton lagi dan sudah mencadang­kan kepada pengurusan kelab itu untuk mendapatkan pemain berkenaan.

Biarpun Real ketika ini sudah memiliki pemain pertahanan kanan seperti Dani Carvajal dan Alvaro Odriozola tetapi mereka masih mahu cuba menjejaki Dalot.

Produk daripada Akademi FC Porto itu menyertai Uni­ted pada 2018 tetapi berdepan kesukaran untuk menembusi ke­sebelasan utama menyebabkan dia dihantar ke San Siro untuk menjadi pemain pinjaman Milan musim lalu.

Secara keseluruhan, Dalot hanya membuat 35 penampilan bersama United setakat ini dan menjadi pilihan kedua di belakang Aaron Wan Bissaka.

Bagaimanapun, Real mungkin tidak berdepan laluan mudah untuk mendapatkan Dalot kerana United dikatakan mahu terus mengekalkannya bersama pasukan tersebut.

Seandainya United mem­buat keputusan untuk menjualnya sekali pun, mereka perlu berdepan tentangan sengit Mi­lan yang turut mengintai peluang mendapatkan khidmatnya secara kekal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI