fbpx

30 individu jalani ujian Covid-19 di pintu masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang ingin memasuki Kelantan melakukan ujian saringan Covid-19 di SJR Kampung Tanah Putih, Gua Musang hari ini. - Foto: AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kira-kira 30 pengguna jalan raya yang memasuki negeri Kelantan melalui Gua Musang menjalani ujian saringan Covid-19 di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 7, Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr. Muhd. Rafiq Mohd. Kasri berkata, pengguna jalan raya yang memasuki Kelantan itu didapati belum menjalani ujian saringan Covid-19 apabila tidak mengemukakan sebarang dokumen mengenai prosedur berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, keputusan ujian kesemua mereka didapati negatif Covid-19.

“Selepas menjalani ujian saringan, individu perlu menunggu selama 15 hingga 30 minit untuk mendapatkan keputusan.

“Jika negatif, kita benarkan mereka masuk ke Kelantan. Sekiranya positif, kita perlu membuat ujian ulangan untuk pengesahan dan tindakan lanjut menghantar individu itu ke hospital,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses ujian saringan Covid-19 di SJR Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Menurut Muhd. Rafiq, individu luar yang ingin memasuki negeri ini perlu melakukan ujian calitan Covid-19 sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan sejak semalam dan kebanyakan pengguna akur dengan arahan kerajaan negeri itu.

“Berdasarkan pemeriksaan di SJR sehingga tengah hari ini, hampir 500 individu yang diperiksa mempunyai surat pengesahan ujian saringan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI