fbpx

Isteri mengandung tujuh bulan maut akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Mohd. Fadli bersama arwah isterinya, Umaisarah.

SUNGAI PETANI – Kegembiraan seorang suami untuk menimang anak ketiga tidak kesampaian apabila isteri dan kandungannya yang berusia tujuh bulan pergi buat selama-lamanya akibat Covid-19 pada semalam.

Isteri Mohd Fadli Abd. Wahab, 35, Umaisarah Azmi, 25, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada pukul 1.25 tengah hari semalam.

Ibu kepada dua anak lelaki berusia enam dan tiga tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas lapan jam dimasukkan ke hospital berkenaan kerana sesak nafas di rumahnya di Kampung Pokok Asam, Pinang Tunggal di sini pada pukul 5.05 pagi, hari sama.

Menurut Mohd. Fadli, arwah isterinya tidak pernah menghidap sebarang penyakit atau sebarang alahan.

“Saya terkejut kerana pada awal pagi semalam dia mula mengadu sukar bernafas selain lemah seluruh badan.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya segera membawanya untuk mendapatkan rawatan di HSAH tetapi lapan jam kemudian dia disahkan meninggal dunia kerana Covid-19,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI