fbpx

Tindakan mahkamah kepada premis berdegil langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail meninjau operasi pematuhan di salah sebuah kilang di Pelabuhan Klang. - FOTO: AFIQ RAZALI

KLANG – Tindakan mahkamah boleh dikenakan kepada mana-mana premis yang masih berdegil dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ini berikutan terdapat segelintir mereka sengaja melanggar undang-undang untuk terus beroperasi walaupun tidak dibenarkan kerajaan.

Justeru, kata beliau, amat penting snap check atau serbuan dilakukan jawatankuasa pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita tahu banyak kilang (langgar operasi), kelmarin saya umum 180 melanggar perintah dan diarahkan tutup. Maknanya ada yang masih berdegil.

“Disebabkan itu, saya telah berikan amaran patuh setiap arahan diberikan kerajaan. Bagi saya bukan setakat ditutup, kompaun juga akan diberi dan mungkin tindakan mahkamah dikenakan kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meninjau operasi pematuhan di kilang elektronik dan industri makanan di sekitar Pelabuhan Klang. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI